LOGIN

Jumpa kami di facebook

Share

JUMLAH PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday44
mod_vvisit_counterYesterday185
mod_vvisit_counterThis week44
mod_vvisit_counterLast week1638
mod_vvisit_counterThis month933
mod_vvisit_counterLast month7746
mod_vvisit_counterAll days61329

Online (20 minutes ago): 7
Your IP: 38.107.191.81
,
Today: Sep 05, 2010

Sejarah sekolah

 

 

 

PENDAHULUAN:

Daerah Kulim Bandar Baharu merupakan sebuah daerah yang pesat membangun dari pelbagai aspek. Pertambahan pelbagai bilangan penduduk makin hari semakin bertambah ramai dan bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah makin meningkat menyebabkan pertambahan sekolah-sekolah baru di sekitar Bandar,Taman perumahan dan luar Bandar. Untuk mencapai hasrat kerajaan bagi melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang serta mencapai hasrat wawasan 2020 dan Kedah Maju 2010 Daerah Kulim Bandar Baharu amat memerlukan sebuah sekolah yang beraliran agama kerana daerah ini belum ada Sekolah Menengah Agama seperti SMK. Agama Mergong (Kota Setar),SMK. Agama Baling (Baling), SMK. Agama Sik (Sik) dan SMK. Agama Yan (Sungai Petani).

Permohonan kemasukan calon dalam ujian ke tingkatan satu SMK. Agama dan Kelas Aliran Agama bertambah dari setiap tahun berlaku peningkatan calon dalam ujian khas SMK Agama Kedah dan Kelas Aliran agama. Memandangkan pertambahan permintaan yang tinggi ke Sekolah Aliran Agama, sewajarnya diwujudkan sebuah sekolah khas Agama yang berasrama di daerah ini. Merialisasikan hasrat ini, sebuah sekolah telah dibina di kawasan bukit bersebelahan beberapa taman perumahan iaitu Taman bersatu,  Taman Jati dan Taman Jelutong. Mengambil nama salah satu taman perumahan tersebut, maka Taman Jelutong dipilih sebagai nama sekolah secara resmi iaitu “Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong” Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong (SMKTJ)mula dibuka pada bilan Julai 2004. Kemasukan pelajar sulungnya diambil daripada empat buah sekolah di daerah Kulim iaitu SMK Air Merah, SMK Taman Kenari, SMK Kulim dan SMK Taman Selasih.Semua pelajar yang dimasukkan ke sini ialah pelajar Aliran Agama Tingkatan 1 dan 2 dari sekolah berkenaan kecuali SMK Air Merah dan SMK Taman Selasih hanya Tingkatan 1 sahaja. Jumlah pelajar diperingkat pembukaan ini ialah sejumlah 247 orang dan seramai 227 orang tinggal di asrama. Manakala guru pula berjumlah 19 orang, seorang pembantu Tadbir, 4 orang PAR, 2 orang pembantu makmal, 6 pekerja swasta dan 4 orang pengawal keselamatan             Jumlah warga SMKTJ bertambah dari tahun ke tahun, kini tahun 2007 jumlah pelajar mencapai 710, manakalah guru berjumlah 49 orang dan staff bukan guru berjumlah 9 orang. Pengawal keselamatan 6 orang. SMKTJ merupakan salah sebuah sekolah kawalan DKBB, selain SMK Kulim dan SMK Sultan Badlishah. Mulai tahun 2005, sekolah ini telah mengambil pelajar Aliran Khas dan Aliran Sukan. Syarat kemasukan Aliran Khas ke sekolah ini ialah minimum 3A dalam UPSR manakala aliran Sukan, lulus UPSR, mewakili DKBB dalam permainan yang ditawarkan dan mendapat sokongan daripada Pengerusi Teknik Permainan.

Pada awal pembukaan SMKTJ, guru-guru diambil dari beberapa buah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Sekolah ini tidak mempunyai pengetua. Segala urusan pentadbiran sekolah diuruskan oleh Ustaz Mohd Nasir Abd Wahab dengan dibantu oleh En Mazlan Shaari(PK HEM) dan En Ismail Ibrahim (PK KOKU).Merekalah yang menjadi teraju utama sekolah dalam merealisasikan pembukaan awal sekolah ini berjalan lancar sehinggalah tuan pengetua ditempatkan di sini pada 1 Januari 2005, iaiti Pn Hajjah Sarifah Hj Mustafar sebagai pengetua pertama SMKTJ.